Assalamu a'laikum warahmatullahi wabarakatuh
Matlamat manusia dijadikan Allah ialah untuk mengabdikan diri kepada Allah. Oleh itu Teratak Ilmu diwujudkan agar ahli-ahlinya, termasuk owner dan moderator juga mengabdikan diri kepada Allah. Portal ini diwujudkan agar ahli-ahli dapat menimba ilmu. Ilmu yang diperolehi nanti dapat dijadikan alat penyuluh dalam mengabdikan diri kepada Allah. Kami berusaha menjadikan portal ini sebagai wadah kepada ahli-ahlinya untuk berusaha melaksanakan titah perintah Allah serta menjauhkan larangan Allah.
Alam cyber merupakan salah satu saluran yang boleh digunakan untuk berdakwah. Oleh itu adalah wajar kepada para pejuang kebenaran mengambil kesempatan dengan meluaskan langkah perjuangan di alam cyber.Tanggung jawab ini telah pun menjadi fardhu kifayah buat kita pikul dan perjuangkan dengan sungguh-sungguh. Agar syiar Islam terus berkembang mekar di bumi Allah ini.
Selama mana 5 syarat asas dalam bersatu difahami dan diterima dengan hati terbuka, dengan izin Allah pastinya umat Islam dari pelbagai portal Islam dapat disatukan. Bukankah matlamat kita hanya satu ? Untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT. 5 syarat tersebut ialah :
Bersatu dari segi aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah
Bersatu dari segi ibadah
Bersatu dari segi akhlak
Bersatu dari persoalan khilafiah
Bersatu dalam menentukan lawan dan kawan
Seandainya kelima-lima syarat tersebut difahami dan diamalkan sesama umat Islam, biarlah sejuta room Islam, seruan kebenaran yang bakal disuarakan masih tetap sama walau secara teknikalnya & pendekatan berbeza.
Maka dengan itu kami jemaah moderator Teratak Ilmu, dengan rendah diri menyeru kepada diri kami dan saudara/i yang dikasihi sekelian, marilah kita bersama berjuang dijalan Allah dan mengeratkan ukhwah.
Salam Perjuangan Daripada Jemaah Nuqaba'